Bottle of Elixir

sharing every mellifluous moments

Sekolah aliran cina utk anak2 aku

Here it goes :

Agaknya benda ni masih terlalu awal untuk aku fikirkan, tapi aku dah lama rancang, even dah bincang dengan cha ( tunang aku ).

Kenapa sekolah cina? Well, ni hasil pemerhatian aku:

1) No offense, komuniti melayu ada kelemahannya, sorry for the provoke statement, tapi itulah realitinya. Mudah sangat berpuas hati, mcm dulu sekolah rendah aku, aku puas hati dengan 5A ? Tapi bila aku masuk sekolah asrama penuh, rasa mcm level 5A aku tu tak seberapa ( betul tak fizah? ) Masuk sekolah tu, kena amik ujian penilaian dan terbukti aku tak secermelang pelajar 5A yang lain. Dan buat aku malu.
Jadi aku rasa pencapaian pelajar 5A budak melayu hanya utk mencapai 5A tu saja, ( susah nak faham kan? ).Tapi pelajar sekolah rendah cina lain, 5A dorang berkualiti, di sertakan dengan kerja keras dan latihan yg betul2 mendera mental dorang. Tabik ah.. Mcm aku dulu, belajar main2, kadang2 mak aku tengok aku tengah buat latihan matematik.. Tapi dia tak tahu bawah buku tu terselit dragonball.. Kekkeke. Kalau kat sekolah pun aku dok baca komik, apetah lagi kat rumah. Main game nintendo.. Main layang2, gasing.. Tapi still 5A? Yang pada aku tak berkualiti. Aku rasa malu.

2) Chinese student tak kejar 5A, sebab dorang paling kurang ada dua tiga mata pelajaran extra, so dorang akan target 7,8 A.. Means extra works. Better than ordinary huh?

3) Language barrier, well, org selalu cakap english is the lingua franca you need to learn and masterize, bagi aku plak english and chinese ( mandarin / cantonese ) alongside our malay language.
Aku nak anak aku faham bahasa2 ni. Amik contoh dua situasi yang aku pernah lalui.
I) Aku pernah bekerja dekat cybercafe yg ada mesin judi yang dikontrol oleh gangster kolar putih cina ( no offense ) dan aku di jaga oleh dua org kawan aku yg faham bahasa cina eve tho dorang melayu, lalot a.k.a yus dan remy///. Sebab tu aku selamat walaupun aku pernah kene kurung (whoa!) Tu belom nak sebut pasal 36 lagi kan ;)

II) Pengalaman kerja celcom as a customer service executive. Basic: rm1.4k , night, transport allowance. Dan yang paling menarik perhatian aku, extra rm300 for those who can speak mandarin. Advantage utk chinese colleague dan mandarin speaker. Kan extra bonus kat situ, bukan aku nak suruh anak aku keje celcom, tapi at least they have extra credits kan :).

Kita hidup kat malaysia multiracial,1malaysia bla bla, tapi warisan , darah kita yang kadang2 aku tengok jadi barrier. Aku rasa orang melayu ni manja, aku cukup marah bila PPSMI dimansuhkan. Oh come on lah, every journey starts with the first step, ni baru satu dua langkah dah terjatuh, tak nak bangun dah. Mcm pwaker je.
Dan artikel dari utusan malaysia ada sebut pasal sekolah satu aliran. Adoh. Ok niat mmg baik nak menyatukan semua kaum. Tapi korang pun leh pikir implikasinyer.. Kalau korang nampaklah.

Adik aku yg singaporean tu chinese speaker, anak tengku fadilah chinese speaker, even dorang kecik, tapi once you talk or discuss something serious with them, you can see the differences of chinese school's product.

Oh yea, kenapa setiap negara besar ada china town ek? Hehehe

( Aku biase taruk gambar2 sikit utk spice up kan posting aku, tapi tunggu la aku ngadap laptop nanti. )

Is it?

:angeldream:

6 drops of elixir:

alang2 nak bagi anak kuasai third language
register kan ja ke international school
amik mandarin and french.
french skrg mcm lagi bagus ja

 

Kalau gaji aku lima nam ribu buley la sumbat de kat international school. Ehheeh. Option lain utk third language, asrama penuh. Sbp offer german, arab dan jepun. Tapi point aku tetap sekolah cina, utk cara dia struggle dan teknik pembelajaran dia.

:angeldream:

 

ajar bahase jawa la! bagussss :))

 

hami: kat uia dia ada ajar bahasa jawa utk extra credits yer.

:angeldream:

 

hahahha..UPSR xde bawak makna..
yg penting SPM mau gempak..
tu yg penentu masa depan kita..

*aku pon pasan ko slalu baca komik lam kelas weh..hahhaa

 
Related Posts with Thumbnails

Lesen Senjata Api

Creative Commons License
Bottle of Elixir by angeldream is licensed under a Creative Commons Attribution-Share Alike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at privatedelusion.blogspot.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at http://angeldream.bub.my.

statistic



Check